F
o
l
l
o
w

SOLAT

Ada seorang sahabat ceritakan kpd saya tentang perkara ni (nama dirahsiakan) Cerita tentang solat. Ada seorang ustaz menceritakan asal usul solat daripada solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Orang pertama yang melakukan solat Subuh ialah Nabi Adam, Solat Zohor Nabi Ibrahim, Solat Asar Nabi Yunus, Solat Maghrib Nabi Isa dan Solat Isyak adalah Nabi Musa.

 

Berikut adalah sebab-sebabnya :-

Sebab Nabi Adam Solat Subuh kerana kali pertama dia di turunkan ke bumi oleh Allah dia nampak kegelapan. Tapi setelah dia tunggu fajar subuh muncul, masa tu Nabi Adam Solat Subuh dua rakaat. Raakat pertama kerana bersyukur baginda terlepas dari kegelapan malam dan rakaat kedua syukur kerana siang telah menjelma.
Solat zohor ketika peristiwa Nabi Ibrahim kena sembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail. Rakaat pertama tanda bersyukur bagi penebusan, rakaat kedua tanda syukur dibukakan dukacita dia dan anaknya, Nabi Ismail, rakaat ketiga tanda syukur dan mohon keredhaan Allah, rakaat keempat tanda syukur kerana Nabi Ismail digantikan dgn kibas.

Nabi Yunus Solat Asar kerana bersyukur dengan izin Allah Nabi Yunus telah keluar dari perut ikan paus. Menjadi empat rakaat kerana Allah menyelamatkan Nabi Yunus dari perut ikan paus yang mempunyai empat kegelapan. Rakaat pertama kelam dengan kesalahan, rakaat kedua kelam dengan air laut, rakaat ketiga kelam dengan malam dan rakaat keempat kelam dengan perut.

Nabi Isa Solat Maghrib kerana telah diselamatkan dari kejahilan kaumnya. Rakaat pertama menafikan ketuhanan selain Allah, raakat kedua menafikan tuduhan tohmahan keatas ibunya yang telah di tuduh melakukan perkara sumbang, rakaat ketiga meyakinkan kaumnya tuhan hanya satu iaitu Allah.

Nabi Musa sesat lalu mencari jalan keluar dari Negeri Madyan dan Allah menghilangkan semua dukacitanya lalu Nabi Musa Solat Isyak sebagai tanda syukur. Rakaat pertama tanda dukacita terhadap isterinya, rakaat kedua tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun, rakaat ketiga dukacita terhadap firaun dan rakaat keempat tanda dukacita terhadap anak firaun.

Kalau ada salah dan silap harap dapat ditegur. Assif Jiddan kalau saya silap :)


Niqab

Komen anda tentang Niqabis?
I don't know but semalam saya cuba pakai niqab. Ternyata banyak dugaan orang berniqab ni. Ada yg kata Terrorist dan yang sedihnya orang yang cakap tu org Melayu sendiri. SubhanAllah kalau nak istiqamah pakai niqab kena mempunyai iman yang teguh dan banyak bersabar. Saya hormat pada orang yang istiqamah pakai niqab :)


Hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!
Me new in blogger!
So do follow me okie dokie?
Kbye, Lots of Love xoxo
OLDER POST
NEWER POST